Tuesday, October 26, 2010

Parlimen mahasiswa, retorika atau kebebasan bersuara.

Persidangan Parlimen Mahasiswa pertama telah diadakan buat kali pertama di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) 23 Oktober lepas.
Persidangan tersebut bagaimanapun hanya diadakan secara tertutup untuk mahasiswa kampus tersebut dengan melibatkan hampir keseluruhan wakil pimpinan kampus terdiri daripada wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), persatuan-persatuan mahasiswa, persatuan kolej-kolej kediaman dan sekretariat-sekretariat mahasiswa.

Parlimen tersebut yang diilhamkan oleh Mohammad Shafiq Bin Abdul Aziz, Mantan Yang Di Pertua MPP USM 2008/2009 yang kini merangkap Ahli Dewan Perundingan Pelajar (ADPP) bersidang dengan mendasarkan beberapa prinsip. ᅡᅠAntara prinsip tersebut ialah, prinsip mahasiswa bersemuka dan bukan bermuka-muka, prinsip mahasiswa beridealisma dan berwibawa dan ᅡᅠprinsip mahasiswa sepakat.

Bagaimanapun mahasiswakini masih menunggu respon daripada mahasiswa yang terlibat dengan persidangan tersebut. Kami juga cuba menghubungi Shafiq tetapi belum berhasil.
Berita lanjut mengenai parlimen mahasiswa akan menyusul kemudian.-mahasiswakini.com

.

0 komen:

Post a Comment