Saturday, July 31, 2010

Anak Xda Bapa D Negeri Aku.. Salah SIAPA?

Jumlah kelahiran anak tidak saf taraf di Terengganu membimbangkan


KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.

Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.

Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program “ingat sebelum kena” yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. – Bernama

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita. Kenapa terlalu mudah Anak2 ini di'hasil'kan? Dimana AGAMA dan apa masalah dengan pelajaran agama yang dipelajari di sekolah sejak kecil lagi. Mungkinkah pelajaran yang dididik selama ini hanya sekadar memenuhi keperluan sukatan pelajaran tanpa ada suatu pengisian yang boleh mendidik anak-anak ini supaya taat dan patuh pada agama. Sama-sama kita ubah sehingga kita dapat menyelesaikan masalah sosial ini supaya kita semua taat semula pada agama. hatta kita sepatutnya menukar KERAJAAN yang memerintah jika mereka ini tidak mampu menegakkan Agama ALLAH di muka bumi ini. Segala penyelesaian adalah berbalik kepada Agama Islam Sebagai penyelesaian. Patutkah Kita merubah sekarang atau masih perlu menunggu sehingga anak2 zina ini seramai anak2 terdidik dengan Agama?

.

0 komen:

Post a Comment