Apasalahnya jika kita memiliki sedikit ilmu dan kita berkongsi pada orang yang memerlukan. Tapi perlukah kita berkongsi pada orang yang sekadar mengambil kesempatan?
Sekadar ingin bercerita, pada diri seseorang mesti dikurniakan pengetahuan yang berlainan agar ia dapat dikongsi bersama-sama. Kalau apa yang kita ada tidak diberikan kepada orang lain, itu sombong namanya.
Memulakan cerita, seorang hamba Allah ini memiliki pengetahuan dalam bidang komputer dan berkongsi kehidupan dengan sekawan rakan2 yang mahir tentang kejuruteraan awam. Itu perbezaan bidang yang memerlukan kepandaian masing-masing bukan?
Suatu ketika apabila salah seorang rakannya mengetahui tentang kelebihan hamba Allah ini, dia meminta tolong untuk membaiki dan melihat kerosakan pada komputernya. Bagi hamba Allah ini, dia sekadar membantu rakan2 yang memerlukan pertolongannya sahaja. Bukanlah dia pandai dalam bidang itu pun. Sekadar tahu dan tidak buta tentangnya.
Namanya sudah orang lelaki, barang yang ada susah untuk bertahan lama. Si hamba Allah inilah yang selalu membantu jika ada apa yang berlaku tentang komputer dan laptop.
Suatu ketika, pensyarah yang mengajar pelajar kejuruteraan(awam) ini menghantar komputernya untuk di’format’ dan di’install’kan MS Windows. Maka hamba Allah inilah yang membantu untuk menyelesaikannya. Dari 0 hinggalah computer ini beroperasi dengan eloknya. Alhamdulillah, itulah kata2 yang terungkap pada bibir hamba Allah ini kerana selesai sudah tugasnya membantu (berkongsi apa yang ada).
Hari berganti hari minggu berganti minggu. Sesuatu yang indah melalui zaman belajar. Pelbagai ragam dapat kita kenal, dapat kita Nampak.
“Wei, aku dapat RM50 lec ###### bagi kat aku.” Si A beria-ia memberitahu. “Buat pe?” balas rakannya.
Terburailah cerita pensyarahnya memberi RM50 atas ihsan memperbetulkan komputernya dahulu kepada si A.
Tersentuh hati Hamba Allah ini yang sekadar mendengar percakapan rakan rumahnya di luar bilik Si A. bukan berniat mendengar tapi rumah. Bukanlah besar. Sekadar sembang kosong pun boleh didengar seluruh rumah.
Bagi hamba Allah ini, duit bukanlah yang dipinta. Tak diperlukan pun tapi dia mencari dimana kejujuran rakannya itu. Dia meminta untuk di bantu, kita membantu apa yang mampu dan semuanya selesai. Dimana pengucapan kata hormat setelah kita dibantu.? Hamba Allah ini langsung tidak diberitahu tentang ucapan terima kasih oleh pensyarahnya, tidak langsung tahu tentang hadiah RM50. Mungkin Si A menyelesaikan kata2nya atas dirinya sahaja.(mungkin)
Penat lelah hamba Allah ini adakah dihargai? Perlukah kita bersusah payah tetapi dalam masa yang sama orang lain mengambil kesempatan atas usaha kita. Akulah yang hebat! Akulah yang bagus. Ini keje aku, ini aku yang buat…. Dia mengambil hasil usaha kita dan diam seribu bahasa kerana mendapat sesuatu kesenangan atas usaha kita. Ini kerja ORANG yang pandai MENGAMPU
Dimana sikap toleransi dalam kita hidup bermasyarakat?? Sejauh mana kita meletakkan kehormatan orang lain dalam diri kita untuk kita menghormati seseorang itu. Untuk kita dipandang tinggi oleh orang, kita sepatutnya dahulu menghormati orang disekeliling kita. Barulah kita dipandang mulia disisi masyarakat.
0 komen:
Post a Comment