Thursday, April 22, 2010

1Malaysia : Antara Rakyat dan Pengampu


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak amat berbangga dengan kejayaan ideanya yang menjadi sebutan semua rakyat Malaysia tak kita pelusok manapun rakyat Malaysia ada. Dari utara tanah air hinggalah pulau sebatik di hujung kepulauan Borneo.

"Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC)... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka," kata beliau.
~~bernama 22 April, 2010~~

Smemangya ia amat popular tapi ia di bangga-banggakan oleh siapa? Siapa yang bercakap..yang "bawah" atau yang "atas"?

Siapa tak kenal dengan kebanyakkan orang ber”kuasa” kat Malaysia ni? Siapa la yang berani lawan BOS. Nak mampus klu lawan bos. Merempatlah jawapnya. Kalau hanya sekadar bercakap “berapi” di hadapan bos, Ini bukan ambik hati tetapi MENGAMPU namanya. Itulah hakikat manusia tukang AMPU.

Kita belajar dari pedana menteri ke 5. Kemana tenggelamnya Islam Hadhari? Dimana Billboard besar-besar yang mengagung2kan “slogan” ini. Berjuta-juta ringgit dihabiskan dulu hanya untuk mengenalkan kepada rakyat Malaysia idea perdana menteri tapi sekarang apabila orang baru naik, direka pula “treadmark” baru. Jutaan ringgit pulak dihabiskan untuk dijaja seluruh Malaysia.
Ini wang kami!

Saya bukan mempertikaikan semua ini. Buatlah apa yang patut untuk mentadbir megara ini tetapi bukan hanya “slogan” yang rakyat mahukan tapi intipati yang boleh direallisasikan untuk kesejahteraan rakyat-rakyat bawahan ni.

Saya tahu orang besar sekadar MENGAMPU untuk terus mengaut kekayaan dan mencari kesenangan. Rakyat bawahan hanya sekadar melihat permainan orang besar yang memperbodohkan mereka. Memang Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC), akan tetapi kemana gagasan 1Malaysia apabila anda bukan lagi PM Malaysia? Kerana dibelakang anda ramai PENGAMPU….



0 komen:

Post a Comment