Monday, March 15, 2010

Formula 1 : Bahrain Pembuka Tirai

Kejohanan Formula satu telah membuka tirainya semalam. Keputusan telah pun diketahui semua. Bagi saya yang mengikuti perkembangan formula satu sejak litar Sepang dijadikan salah satu tempat persinggahan para pelumba, tahun ini adalah yang terbaik untuk saya dan semua rakyat malaysia berbangga kerana julung kalinya sebuah pasukan yang dilahirkan dari negara kita bersaing mencipta kemenangan. Tahniah untuk semua yang terlibat. Tapi apa cerita dengan pasukan Lotus tajaan Malaysia ini. Sempurnakah permulaan bagi Lotus?

BAHRAIN: Perlumbaan Formula 1 yang membuka tirainya di Bahrain semalam menyaksikan keputusan penuh seperti berikut:

1 Fernando Alonso Ferrari 1:39:20.396
2 Felipe Massa Ferrari +16.0 secs
3 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes +23.1 secs
4 Sebastian Vettel RBR-Renault +38.7 secs
5 Nico Rosberg Mercedes Benz GP Ltd +40.2 secs
6 Michael Schumacher Mercedes Benz GP Ltd +44.1 secs
7 Jenson Button McLaren-Mercedes +45.2 secs
8 Mark Webber RBR-Renault +46.3 secs
9 Vitantonio Liuzzi Force India-Mercedes +53.0 secs
10 Rubens Barrichello Williams-Cosworth +62.4 secs
11 Robert Kubica Renault +69.0 secs
12 Adrian Sutil Force India-Mercedes +82.9 secs
13 Jaime Alguersuari STR-Ferrari +92.6 secs
14 Nico Hulkenberg Williams-Cosworth +1 Lap
15 Heikki Kovalainen Lotus-Cosworth +2 Laps
16 Sebastien Buemi STR-Ferrari +3 Laps
17 Jarno Trulli Lotus-Cosworth Hydraulics

Sementara itu, antara yang gagal menamatkan perlumbaan adalala Pedro de la Rosa (BMW Sauber-Ferrari), Bruno Senna (HRT-Cosworth), Timo Glock (Virgin-Cosworth), Vitaly Petrov (Renault), Kamui Kobayashi (BMW Sauber-Ferrari), Lucas di Grassi (Virgin-Cosworth), Karun Chandhok (HRT-Cosworth)

- www.formula1.com

Mungkin kita tidak boleh membuat apa-apa andaian kerana ini hanya baru permulaan. Kita akan lihat nanti setelah semua perlumbaan selesai. Adakah pelaburan sekadar membakar Duit Di atas Litar Lumba semata-mata?? dan adakah Malaysia Suka Sekadar mencipta nama tetapi rakyat tidak memdapat faedah daripadanya??

sama-sama kita nantikan perlumbaan seterusnya..Next race: Australian Grand Prix, 28 Mar 2:00pm

0 komen:

Post a Comment