Wednesday, March 10, 2010

Allah Memiliki Segala Hak-Hak Kita, Pintalah Hanya Dari-NYA

Seseorang yang tahu tentang kehidupan dunia dan akhirat akan sedar siapakah dirinya sebenar. Kita yang punya Agama dan bertuhankan Allah yang Esa sepatutnya sedar akan kekuatan dan kelemahan kita serta anugerah yang diberikan kepada kita cumalah sementara. Yang maha AGONG adalah pencipta kita yang telah menyempurnakan kejadian kita sehinggakan kita mampu hidup tanpa bertongkat dan berjalan tanpa dipimpin.

Segala kenikmatan yang kita perolehi semuanya adalah kurniaan dari ALLAH s.w.t. Tanpa kita minta, Dia akan memberi. Dengan meminta Dia juga tetap akan memberi. Yang maha pemurah dan pengasih hanyalah ya Rabbul Jalil. segala kesengsaraan dan ujian hendaklah kita minta hanya kepadanya. bukan bomoh untuk mengubati juga bukan ilmu hitam untuk digunakan untuk mencari kesenangan. Kembalikah cinta kita hanya untuk ALLAh s.w.t.

Saya begitu tertarik dengan apa yang akan berlaku di Kelantan. Kita sebenarnya terlalu sukar untuk menzahirkan kekuasaan Allah dalam kehidupan kita. Sesungguhnya Segala permintaan yang kita kehendaki mintalah dari Pencipta kita yang maha Esa. Insyallah, Allah akan mendengar permintaan hambanya.

Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini


Rizal Tahir

KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

Menurutnya, amalan solat tersebut telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum ini untuk tujuan yang sama.

“Untuk mendapat rahmat di samping mengharapkan permohonan kita diterima Allah, esok saya seru semua rakyat Kelantan yang beragama Islam supaya bersedekah banyak-banyak di samping berpuasa sunat.

“Saya sendiri akan berpuasa esok hari, insya Allah dan akan bersedekah juga sekadar kemampuan yang ada pada saya kepada fakir miskin, insya Allah,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Jumaat ini, rakyat Kelantan hendaklah hadir pada majlis itu selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Jelasnya, selain menunaikan solat sunat istisqa itu, beliau sendiri akan menyampaikan tazkirah mengenai pengertian solat itu berdasarkan hadis-hadis Rasulullah.

Sambungnya lagi, solat sunat berkenaan akan diadakan kira-kira pukul 8.30 pagi, iaitu selepas tazkirah.

Sehubungan itu, kuliah agama di Medan Ilmu dibatalkan yang digantikan dengan solat sunat dan tazkirah di perkarangan stadium.

Beliau bagaimanapun memberitahu, program solat sunat tersebut akan turut diadakan secara berperingkat di setiap kawasan dalam negeri ini.

Menurutnya, program itu akan diatur sendiri oleh penganjur di peringkat kawasan, bagaimanapun beliau juga akan hadir sekiranya dijemput.

“Saya setuju benar sekiranya solat sunat ini diadakan di seluruh Kelantan, pandai-pandailah nak buat ikut zon ke,” ujarnya.

Tuan Guru berkata, biarpun Kelantan tidak begitu kritikal menghadapi masalah air, bagaimanapun kemerosotan air sama ada di sungai dan telaga, agak ketara akibat cuaca terlalu panas.

Menyentuh tentang keperluan berjimat menggunakan air tidak seharusnya berlaku sewaktu musim kemarau, sebaliknya sepanjang masa sebagaimana mengikut ajaran Islam.

Tambahnya, rakyat Kelantan yang sudah terbiasa dengan air banyak, menyebabkan mereka menggunakan daripada yang sepatutnya.

“Saya selalu menyebut Nabi Muhammad s.a.w. mengambil wuduk hanya secupak air, dan mandi segantang air,” ujarnya.

Menurutnya, amat tidak wajar membazir air, sedangkan untuk mendapatkan bahan tersebut mengikut kaedah sains begitu sukar sekali.

Mengikut ahli sains dunia akan berperang kerana air kemudian hari nanti kerana kekurangan bahan itu sebagaimana sekarang berperang kerana minyak.

Kerana itu, tambahnya manusia wajib menjaga keperluannya demi untuk kegunaan masa panjang.

Menyentuh tentang catuan air pula, beliau memberitahu Kelantan tidak sampai ke peringkat itu.

Bagaimanapun, sambungnya catuan air bukan sewaktu ketiadaan air semata-mata, sebaliknya kerana Islam sendiri menggalakkan menjimatkan penggunaan air.

“Contohnya penggunaan air di masjid-masjid yang perlu benar berjimat, apa lagi bil airnya dibayar oleh pihak masjid sendiri dengan menggunakan wang sumbangan derma orang ramai.

“Kalau kita membazir bermakna kita membazir harta orang ramai,” ujarnya.

Harakahdaily.net

0 komen:

Post a Comment