
Sementara itu, Abdul Ghafur Sukimi, 53, berkata beliau bergegas ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini selepas menonton berita pukul 7 pagi tadi yang menyiarkan nama anak saudaranya, Mohd Bilal Osman, 22, dan rakannya Mohd Shukri Mohd Ali, 22, terlibat dalam kemalangan itu.(Gambar)
"Saya terus menghubungi ibunya dan diberitahu perkara itu telahdimaklumkan pihak polis pada pukul 6.30 pagi tadi dan meminta saya menguruskan jenazah Mohd Bilal untuk dibawa pulang dan dikebumikan di Sungai Besar, Selangor.
"Dua rakan karib yang meninggal ini tinggal berjiran dan dalam perjalanan pulang untuk mendaftar semester kedua di Universiti Malaysia Perlis (Unimap)," katanya.
Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah. – Sedutan laporan akhbar Barnama.com
Sumber :
www.kosmo.com.my
myadha
ohtidak.com









0 komen:
Post a Comment