
Apabila hidup dah sia-sia, jalan dah lintang pukang, hati dah tak keruan kehidupan dah tak memberi banyak makna. Semua akan tercemar. Walaupun kita seorang ustaz, walau kita seorang jurutera, walau kita seorang peguam, walau apa-apa pun kita jika tidak mampu berfikir dengan ilmu dan akal maka sia-sia. Agama dicemari! masyarakat dibohongi, Syaitan sebagai teman sejati!!
Seperti biasa tiap2 hari membaca akhbar, terbacalah akhbar kosmo 24 Januari. Apa yang best Ada.. Pasangan pelajar agama dicekup khalwat. Astafirullah al-azim. Kenapalah boleh jadi begini. tak cukup sangat ke ilmu yang guru2 kita sekarang mendidik. budak agama pulak tu. Dimanakah tanggungjawap kita menjaga nama baik agama kita, kesucian dan kemulian ISLAM tsbt.
Aku paparkan cerita yang agak memalukan masyarakat kita dan sama2 lah kita sebagai masyarakat mengambil berat tentang masalah anak-anak kita. Jagalah mereka seperti anak-anak kita.
SEREMBAN - Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuah hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Isnin lalu.

ditahan berkhalwat Isnin lalu.
Pasangan masing-masing berusia 20 tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut.
Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.
Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka.
Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam yang bermalam di situ.
Kosmo! Online - Negara
Jangan kita salahkan orang lain, salahkan diri kita dahulu kerana kita sekadar melihat dan tidak mampu untuk mendidik mereka ini. Jangan tanya apa jasa kita untuk orang lain tapi tanyalah apa jasa kita kepada masyarakat kita,anak-anak bangsa kita
wassalam
0 komen:
Post a Comment