Monday, December 07, 2009

Andai itu Takdirnya (Bahagian ii)

Empat hari? Tiga tahun? Kelantan? Maknanya dia dah pergi? Sampai hati dia tak cakap kat aku,even tak cakap selamat tiggal. Pergi macam tu aje?
"dia dah pergi Ain? bila? Kau tahu dari mana ni? Soalku bertalu-talu pada Ain. Ain kelihatan terkejut dengan pertanyaanku.
"eyh..kan dia dah keluar dari UTM ni hari rabu lepas,kalau tak silap aku semalam dia daftar kat APFT,Kelantan.tak kan la kau tak tahu?kau kan rapat dengan dia,berkepit 24 jam macam belangkas.aku dapat berita ni dari Akmal,dia kan coursemate Faris,mestilah dia tahu," panjang lebar penerangan Ain.

Memang sah!Faris dah buat keputusan dan dia langsung tidak beritahu aku.aku tahu aku salah.aku dah kecewakan dia,bukan sekali,tapi dah banyak kali.tapi jawapan aku tetap sama.'im sorry,saya belum bersedia faris.'. Maafkan saya,Faris. Aku masih ingat lagi peristiwa sebulan yang lalu..

"faris,nanti kalau awak betul-betul jadi pilot,mesti awak lupakan saya kan?,"
" kenapa pulak?," tanya faris dengan muka yang berkerut.
"ye la,nanti bila awak da jadi pilot,mesti awak ramai kawan perempuan.lagipun, siapa la saya ni kalau nak dibandingkan dengan stewardess-stewardess yang cun and lagi seksi tu,of course la awak lupakan saya.kot-kot kalau bertembung dengan saya pun,buat tak kenal je kan," dugaku.

"Leya, you wanna know something?for me, you are so special.Really special, walaupun seribu stewardess cantik goda saya, insyaallah,hati saya tetap tak berubah.awak nak tahu kenapa?"
"kenapa?"
"because im already fallen with somebody" jawabnya sambil tersenyum
"really? Siapa? Do I know her?," balasku,namun ketika itu hatiku mula berdebar,he's already has someone?siapa perempuan tu?
"yup,this girl,I know her since my first day we're at this campus. She's really sweet,baik hati,peramah and the most important is, she's always with me when I need someone to talk with"
"erm..,saya tau.Elin kan?dia kan cantik,anak Dato' lagi. Lagipun you all dah kenal lama kan?" aku cuba hilangkan gugup di hati dengan mengaitkannya dengan mana-mana perempuan.
"Elin? Nope! Memang saya dah kenal dia lama, since we all in secondary school.,tapi saya tak sukakan dia. lagipun,dia tak kan pilih saya la. Enggang mana nak sama dengan pipit cik adik sayang"
Cik adik sayang? Suka hati dia je nak panggil aku macam tu.
"hello pakcik,kalau dah jodoh,kita tak boleh nak elak right?" nah! Ambik kau,pakcik.
"amboi cik adik,sejak bila pulak saya jadi pakcik ni? Saya anak sulung tau"
"memang sesuai la awak jadi pakcik,best apa panggil awak pakcik" kataku sambil tergelak.
"apa yang bestnya?"
"suka hati saya la nak panggil awak apa"
"ye la,pakcik pun pakcik la. At least,saya pakcik yang berjiwa muda kan"
"muda la sangat.tahun ni dah 21,dah boleh mengundi pon..anyway pakcik,you havent told me whose the girl?"
"ala cik adik,tak ada siapa pun dalam hati saya..except you." Jawabnya sambil tersenyum.
"awak..be serious ok? Jangan main –main,cepat la cakap,siapa perempuan tu"
"no Leya,im serious and saya yakin selama ni saya memang sayangkan awak, dan saya nak kawen dengan awak Leya,bila saya dah berjaya nanti,saya akan propose awak ye,awak tunggu saya tau,"
"awak jangan mengarut la Faris,kita kan kawan.and I really love this friendship. Don't you ever ruin it faris,saya tak suka, I've to go now. Kejap lagi saya ada kelas,saya pergi dulu ye"



"Leya..Leya, kau ok ke?"
Panggilan Ain mengembalikan aku ke dunia nyata..
"kau ni kenapa Leya?,please..tell me,jangan pendam sorang-sorang"
Tambah ain lagi.mungkin dia risaukan aku,dengan keadaan aku macam ni.
"Ain...faris,aku..aku.." aku tak dapat sembunyikan perasaan sedihku lagi. Aku menangis semahu-mahunya di bahu ain.
"aku sayangkan faris,tapi aku keliru dengan hati aku sendiri,aku tahu aku dah kecewakan dia.sebelum dia pergi,dia lansung tak jumpa aku,malahan aku tak tahu dia pergi" terangku satu persatu pada ain.ain nyata terkejut dengan penjelasan aku.
"Insyaallah leya,nanti dia mesti call kau,mungkin sebelum dia pergi,dia lupa nak bagi tahu sebab mesti banyak benda kan yang dia nak uruskan"
Kata-kata ain sedikit sebanyak membuatkan aku lega.namun di sudut hatiku,aku tetap mengatakan yang faris segaja tidak mahu berjumpa dengan ku.
"its ok ain,thanks ye dengar masalah aku.mungkin faris dah lupakan aku sekarang,maklumla dia kan bakal pilot,orang macam aku ni dia tak pandang la, jom la kita keluar,aku bosan la"

----------------------------

Dah lima tahun aku tinggalkan UTM dan aku kini bekerja sebagai system engineer di salah sebuah syakikat terkemuka di Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu manakala ain juga bekerja sebagai marketing executive di syarikat yang sama.
Ini juga bermakna dah lima tahun faris tidak menghubungiku.dia benar – benar lupakan aku. Dan sepanjang tempoh lima tahun ni,tidak pernah walau sesaat pun aku lupakan dia. Namun aku tahu, aku sudah terlambat,terlambat untuk bertakhta di hatimya kembali.
Lelaki,semuanya sama,bermulut manis.kalau betul dia sayangkan aku,kenapa dia tak pernah hubungi aku walau sekali? Kenapa dia tak pernah datang jumpa aku? Mungkin dia sudah ada pengganti,sedangkan aku? Masih lagi bersendirian. Masih lagi berharap.
Berbaloi ke apa yang aku buat ni?

Deringan talefon bimbitku mematikan lamunanku.emak!
"hello,assalamualaikum.Leya,kamu ni dah lama tak balik kenapa?"
"waalaikumussalam,mak..mak sihat?"
"mak sihat je,kenapa dah lama tak balik?"
"Leya sibuk mak,banyak kerja kat pejabat"
"kalau nak diikutkan kerja kamu tu tak kan abes Leya,mak tengok kamu ni busy je,ingat Leya,kamu dah 26,bila nak kawen,sepupu kamu si Zurada tu,dah anak dua dah,kamu berdua ni sebaya je"
"ish,ke situ pulak mak,Leya muda lagi la mak,lagipun Leya ni tak de siapa yang nak"
Alamak,mak dah bukak topic ni. Alamatnya,tak mampu lagi aku nak lari.
"takde kamu cakap Leya,sebelum ni dah dua kali orang masuk meminang,kamu tolak,memilih sangat,mak tak nak anak mak jadi andartu" tegas mak lagi.
"mak,lepas ni mak terima aje la siapa yang datang meminang. Leya terima dengan hati terbuka" ujarku. Aku tak mahu mak risaukan aku tentang jodohku dan aku redha siapa yang jadi suamiku. Aku benar- benar sudah putus harapan!
"betul ni leya? Kamu jangan menyesal kemudian hari sudah,mak nak tengok kamu bahagia" mak inginkan kepastian. Mungkin terkejut dengan keputusanku.
"betul mak,Leya tak kisah"
"kalau macam tu,mak terima aje la siapa –siapa yang datang meminang ye, eh.Ain apa khabar? Dah lama tak dengar berita dia,bila dia nak kahwin?"
"Ain tak de mak,dia outstation ke Dubai.esok baru balik,insyaAllah hujung bulan ni dia kahwin"
"jadi juga dia dengan Akmal ye,ok la Leya,lain kali mak telefon lagi. Mak dengan ayah nak ke rumah Pak Mail,ada majlis tahlil arwah Mak Limah."
"ok mak,kalau ada masa Leya balik,kirim salam kat ayah ye,assalamualaikum"
"waalaikumussalam"

Bosannya kat rumah sorang-sorang. Esok ain akan pulang dari Dubai.perbualanku dengan mak tadi sedikit sebanyak merisaukan aku. Aku akan terima sesiapa sahaja yang datang meminangku? Tapi macam mana kalau Zakri,pengurus akaun di pejabatku meminangku? Boleh ke aku terima? Dah banyak kali dia cakap nak meminangku, ah..mungkin dia bergurau. Lagipun aku hanya menganggapnya sebagai teman pejabat sahaja.
--------------------------------------------

Berita yang disampaikan oleh mak sebentar tadi sedikit sebanyak menyesakkan fikiranku. Ada orang yang datang meminang dan emak juga sudah bersetuju! Aku harus redha. Tapi mampukah aku? Kata emak,majlis perkahwinanku akan berlansung pada bulan hadapan memandangkan bakal suamiku terikat dengan kerja.

Hari yang dinantikan akhirnya tiba. Rombongan pengantin lelaki sudah tiba dan aku sedar,dalam beberapa minit lagi aku akan bergelar isteri dan aku harus melupakannya. Faris!
Sebelum majlis akad nikah, kami akan ditunangkan terlebih dahulu. Aku hanya menurut apa sahaja yang emak putuskan.
"Leya,akhirnya dapat jugak Leya jadi menantu mama," bisik bakal ibu mertuaku sambil menyarung cincin di jari manisku. Dan serentak dengan itu,aku mengangkat muka untuk bersua dengan pemilik suara yang cukup kukenali.
Mak cik salmi? Menantu?
"er,kenapa mak cik ada kat sini?" aku gugup. Mak cik salmi adalah ibu Faris,lelaki yang aku amat mencintainya.
"Leya, sekarang Faris tunang Leya tau dan sekejap lagi dia akan jadi suami Leya. And you should call me mama,ok sayang"
Jadi orang yang meminangku adalah Faris? Aku hanya mampu memandang emak dan juga Ain.
"betul Leya, Faris bakal suami Leya,selama ni mak nak berterus terang kat Leya, tapi faris mintak rahsiakan dulu" jawab emak jujur sambil memeluk bahuku.

"Leya, sebenarnya selama ni aku yang berhubung dengan faris, kau ingat tak masa aku outstation kat Dubai dua bulan yang lepas? Balik dari Dubai, aku jumpa faris kat KLIA dan dari situlah aku dapat tahu yang dia masih cintakan kau dan kau juga tak boleh terima lelaki lain kan lepas kejadian kat UTM dulu sebab kau cintakan dia. Dan bila kau cakap kat mak kau yang kau akan terima sesiapa sahaja yang datang meminang, aku terus la cakap kat Faris," penjelasan ain yang panjang lebar benar-benar memeranjatkan aku. Maknanya selama dua bulan ni,diorang selalu contact tapi ain lansung tak bagitahu aku.
" im sorry Leya sebab tak bagitau kau,tapi aku ada sebab. And i want both of you live happily",tambah ain lagi
"it's ok Ain, anyway thanks."


"Abang,kenapa abang rahsiakan perkara ni dari Leya?"
Tanya ku sebaik sahaja semua saudara mara telah pulang ke rumah masing-masing.
"im sorry Leya but i've a reason tau" jawab suamiku. Dan serentak itu juga hidungku menjadi sasaran tangan nakalnya.
"kenapa? Takut Leya tolak abang lagi?" tanyaku sambil tersenyum.
"yup! And abang tak sanggup nak berjauhan dengan Leya lagi. You know Leya, lima tahun abang simpan perasaan ni dan hari ni abang happy sangat sebab akhirnya Leya tetap jadi isteri abang." Faris mengenggam tanganku dengan erat sekali. Aku membalasnya dengan senyuman.
"Abang sayangkan Leya?" tanyaku lagi. Walaupun aku sudah sedia maklum jawapannya,namun aku tetap mahukan jawapan dari mulutnya. Sekadar mahu berbual mesra.
"Abang sayangkan Leya sangat-sangat. Dalam tempoh lima tahun ni,abang tak pernah lupakan Leya tau,abang cuma focus pada kerjaya abang dan abang nak buktikan pada Leya yang abang betul-betul cintakan Leya with all my heart."
"Leya pun sama bang. Masa abang tinggalkan Leya dulu,Leya kecewa sangat. Masa tu,baru la Leya tau yang Leya sayang dan cintakan abang,thats why Leya tak pernah ada hubungan dengan lelaki lain. Hati Leya hanya untuk abang"
" I know Leya. Ain dah ceritakan semuanya pada abang. Dan bagaimana keadaan Leya masa abang tinggalkan Leya kat UTM dulu. Bila Leya reject abang dulu,abang frust sangat dan abang tekad suatu hari nanti Leya tetap akan jadi milik abang. Dan sekarang,abang dah berjaya, dalam kerjaya dan juga untuk miliki Leya. Terima kasih sayang"
"Terima kasih juga sebab sudi terima Leya walaupun Leya dah banyak kali kecewakan abang. Leya bahagia sekarang bang" kataku sambil memeluk erat suamiku,Mohd Faris. Lelaki yang aku amat menyintainya sepenuh hati. Semoga rumah tangga kami sentiasa bahagia dan dilimpahi rahmat.amin.

Nama Pena : erina ixora
Web : penulisan2u

Andai itu Takdirnya (Bahagian i)

0 komen:

Post a Comment