Tuesday, November 17, 2009

Takkan Indah Kehidupan Tanpa Perjuangan..

Semalam dan ari ini telah dirasa. Esok belum tahu apa yang akan berlaku. Jika kita diberikan pilihan untuk berubah, adakah kita akan menyahut seruan tersebut.?? Hanya kita saja yang tahu jawapan dan juga kita saja yang akan mengerti perancangan akan datang.

Banyak cerita akan berlaku sekiranya kita mengambil semua peluang yang terhidang di hadapan kita. Tanpa mengira itu adalah suatu cerita indah yang menyeronokkan ataupun cerita duka yang membuatkan kita menangis. Semua ini adalah suatu corak kehidupan yang membuatkan kita dan diri kita lebih memahami erti sebuah perjalanan hidup sebagai orang yang terpikul dibahunya sebuah amanah besar yang perlu dilaksanakan sebagai manusia yang memiliki pencipta iaitu tuhan.

Cerita indah yang kita lakarkan dalam lukisan hidup kita adalah sebagai penghibur kepada kerinduan dan kesedihan. Kenangan inilah yang akan kita kembalikan apabila sesuatu ‘gelap’ yang datang menjenguk kita dan mesti kita ingat Sesuatu peristiwa tidak akan kekal tetapi yang kekal adalah kenangan sesuatu peristiwa. Itulah hakikat yang tidak boleh kita nafikan.

Berbicara tentang masalah, Kita selalu dan sentiasa dihidangkan dengan pelbagai masalah. Masalah keluarga, masalah kawan-kawan,masalah orang sekeliling, masalah diri sendiri dan apa saja masalah. Sampai suatu tahap akal gagal memahami sesuatu masalah dan fikiran makin buntu. Maka pengakhir jalan yang dapat kita fikir adalah menyelesaikan masalah dengan jalan yang kurang bijak. Mencari masalah untuk menyelesaikan masalah.

Pernahkah kita terfikir untuk mati? Selalu.. tapi pernahkan kita berfikir mati akan menyelesaikan masalah. Mungkin antara kita akan berkata itu adalah sesuatu yang terlalu bodoh, tidak menggunakan akal untuk berfikir! Tetapi hakikatnya diantara kita ada yang akan berfikir sebegini malah ada diantara kita sudah dan akan mlakukan perkara ini.

Kita perlu memahami erti erti hidup yang sebenar, tanggungjawap apa yang perlu kita pikul dan kenapakah kita adalah kita, tidak kita dijadikan sebagai orang lain?? Persoalan yang seterusnya adalah kenapakah kita dilahirkan ke dunia dan suatu ketika nanti kita akan tinggalkan bumi yang kita pijak ini tanpa membawa suatu sikit pun bekalannya.. Cuma Sabda Nabi : ..
"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia maka putuslah semua amal perbuatan (yang menyampaikan pahala kepadanya) kecuali tiga perkara, anak yang soleh yang berdo'a kepadanya, sedekah jariah dan ilmu yang dapat diambil manfaat dari padanya." [Hadith Riwayat Muslim].

Akhir, kita sebagai seorang yang beragama yang berpegang pada Agama lakukanlah sesuatu perkara bercirikan seorang yang memiliki agama walaupun kita tidaklah memiliki ilmu agama yang banyak kerana jika agama memandu kita, Insyallah hidup kita akan betul dan setiap perjalanan kita akan mendapat restu dari tuhan pencipta alam. Semua cerita dan perjalanan hidup kita telah tertulis sebelum kita dicipta lagi. Seharusnya apa juga keadaan yang datang, terimalah dengan hati yang terbuka dan lapang.

Buat rakan-rakan, hidup takkan indah tanpa perjuangan dan kekalahan dalam sesuatu perjuangan bukan beerti kita tewas. Juga bukan ia dijadikan alas an untuk kita terus tewas dalam perjalanan hidup yang makin mencabar.
Allahuakhbar!!!

15 Nov
27 Dzulka'edah 1430 H
Perlisindexp_html

0 komen:

Post a Comment