SEORANG sahabat saya menyatakan kita tidak boleh niat puasa ganti dan puasa enam dalam satu masa. Terdapat kekeliruan dan salah faham. Persoalannya jika saya niat puasa ganti dan puasa enam serentak adakah puasa itu tidak sah dan perlu berpuasa semula untuk menggantikan puasa Ramadan?
NAZIBAH,
Kedah
PUASA ganti (puasa qada) itu tetap sah walaupun terkeliru mengenai niat mengikut mazhab Shafie. Dengan itu anda tidak perlu menggantikan puasa Ramadan.
Menurut pandangan dalam mazhab Shafie niat puasa enam tidak boleh disertakan dengan puasa qada. Ini bersandarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat. Dengan itu hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat. Bagaimanapun al-Suyuti berpendapat seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam tanpa menjatuhkan niat itu.
(lihat, http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/News_Events/Ramada...).
FIKRAH DR.SALAM
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama. Hantarkan masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada:
Pengarang Rencana, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
E-mel: fikrah@hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/FikrahDrSalam/20091113105632/Article/indexp_html
Tuesday, November 24, 2009
Niat puasa enam, qada tidak boleh serentak - Harian Metro
Posted by Citra Cahaya in
Agama,
Harian Metro,
Soal jawab
0 komen:
Post a Comment