Friday, November 13, 2009

Kadang-Kadang Kita Dengar Perempuan.....?

kadg2 selalu kita dengar perempuan Islam ni dikatakan kene tindas, terima hak yang tak sama ngan laki, namun hakikatnya, segala ketentuanNya punya hikmah samada yang nyata mahupun yang hanya diketahui yang Maha Esa..
antara yang sering diperkatakan...

1.Wanita auratnya lebihsusah dijaga berbanding lelaki
2.Wanita perlu meminta izin suami jika ingin keluar rumah tetapi lelaki tidak perlu melakukan begitu.
3.Wanita saksinya kurang dari lelaki
4.Wanita menerima wasiat kurang dari lelaki
5.Wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak
6.Wanita wajib taat pada suami tetapi lelaki tidak
perlu taat pada isteri
7.Talak terletak ditangan suami bukan isteri
8.Wanita kurang ibadahnya kerana masalah haid dan nifas yang tiada pada lelaki


TETAPI…pernah kita lihat sebaliknya?

1.Wanita perlu taat pada suaminya,tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3kali lebih utama dari bapanya,bukankah ibunya seorangWANITA??

2.Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,manakala lelaki perlu menggunakannya untuk isteri dan anak- anaknya.

3.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk,malaikat dabn seluruh kejadian ALLAH dimuka bumi ini,dan matinya kerana mealhirkan adalah syahid.

4.Di akhirat kelak,lelaki dipertanggunjawabkan terhadap 4 wanita:

  • ibunya,isterinya,anak perempuannya dan saudara perempuannya.,manakala seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki: suaminya,ayahnya,abangnya dan anak lelakinya.

5.Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti orang yang berperang tanpa perlu mengangkat senjata.

Wallahuaa'alam

0 komen:

Post a Comment