Wednesday, November 11, 2009
Bicara Buat Seorang Pejuang
Posted by Citra Cahaya in
Artikel,
Kredit,
Sosial,
update
Perjuangan ini bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Kalau kita menganggap kita yang memulakannya, kita akan merasai keperitan, kejerihan, dan kesukaran dalam perjuangan. Kalau kita menganggap kita yang mengakhirinya, maka sia-sialah pergorbanan kita selama ini.
Ketahuilah
Nilai perjuangan bukan terletak pada pengalaman yang hebat, tetapi pada daya juang yang berterusan……..semuga terus tabah menghadapi ujian hidup.
Sesungguhnya
Tiada keindahan dalam kehidupan tanpa kepahitan, menyemai benih-benih kesabaran serta tidak keberatan pada sebuah kenikmatan…….jika tiada keikhlasan dan kejujuran yang bersemi di jiwa…… so ..usahlah terlalu leka melewati hari bahagia ……kerana kita sering diuji dan teruji
Justeru itu……..
Tabahkan hatimu menempuhi dugaan tenangkan dirimu dalam menghadapi kepayahan …….redhailah segala ketentuan …..setiap yang berlaku adalah suratan…..menguji keimanan setiap insan…….tanpa ujian tiada kekuatan…… kekuatan datang dari ujian ………
Hakikatnya
Dalam memikul beban dakwah, adakalanya kita tertewas lantaran perjuangan ini tidak disambut dengan permaidani merah . ianya penuh ranjau dan duri hingga adakalanya terasa ingin menyerah kalah…….jadilah sebagai seorang insan yang tabah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi.
Kalau tidak kerana mencari redha ilahi, kita kadangkala tidak sanggup untuk menanggung ujian demi ujian yang Allah turunkan. Oleh itu jadikanlah sedikit kesabaran dan keinsafan yang tercetus dihati kecil sebagai bukti kecintaan, keimanan, dan ketaatan kepadaNya.
Salam perjuangan
Fais 20061908
Universiti Malaya
Lembah Pantai
Kuala Lumpur
Minta kebenaran untuk menerbitkan Warkah ini
#Penulis
0 komen:
Post a Comment