Thursday, October 29, 2009
Sudut Bacaan dan Renungan
Posted by Citra Cahaya in
Artikel
Renungkan….
Al-Quran dan Hadis jadi pedoman, di akhir zaman mereka lupakan. Harta dunia jadi rebutan,aurat dan maksiat diutamakan.
Wanita moden sangat pemurah, hebat bergaya dan juga berani berpakaian ketat ke sana ke sini, menonjolkan iklan body sendiri kerana sudah hilang malu, lalu ditipu, dirogol dan dibunuh sekali tapi masih tidak sedar.
Ibubapa pula menjadi hamba, anak-anak pula menjadi raja, agama terpendap berdiam diri, nak tegur takut kehilangan gaji.
Pakaian takwa ditinggalkan , yang haram diutamakan apabila akal diperdaya syaitan, hawa nafsu menjadi ikutan, agama pula dilupakan. Batasan agama tidak dihiraukan, itulah saat keruntuhan akhlak Tamadun Islam.
Sesunguhnya Allah melaknat mereka yang berpakaian tetapi bertelanjang laknatilah mereka.sesunguhnya mereka dari golongan yang terlaknat..Hadis sahih:
(pakaian baju, seluar ketat dan nipis yang menghairahkan yang menonjolkan bentuk tubuh dikhalayak ramai)
Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki . Hadis sahih: (seluar, baju, subang, gelang.)
Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa.Hadis sahih)
Sesungguhnya Allah mengeluarkan kamu daripada kegelapan (sesat) kepada cahaya (ilmu, petunjuk) sedangkan mereka (orang kafir), mengeluarkan kamu daripada cahaya kepada kegelapan.
Dengan bermegah –megah di antara kamu telah melalaikan kamu daripada mematuhi perintah Allah.
Sesungguhnya azab Allah amatlah keras lagi pedih. Barang siapa mendapat rahmat Allah tiada siapa menolong. Ujian Allah menambahkan pahala dan meninggikan darjat orang-orang yang soleh.
Sesungguhnya Allah melaknat mereka yang bernyanyi-nyanyi apabila mendapat nikmat. Hadis sahih.
Ramai wanita menjadi senjata syaitan, mendedahkan aurat tanpa segan dan silunya. Berlumba-lumba mengejar dunia kemegahan diri,pangkat dan tamak haloba, tipu daya, khianat, hasad dan dengki menjadi permainan. Lalu akhirat diketepikan.
Arak adalah raja kejahatan samalah juga dengan dadah. Kilang-kilang arak dipertahankan., kedai-kedai arak diberikan lesen menjadi lubuk sarang dadah. Dadah diserang habis-habisan. Kedai arak pula makin berleluasa. Menjadi tempat hiburan umat Islam. Minum arak menjadi kesalahan tetapi takut mahu dikuatkuasakan.
“hendaklah ada satu golongan antara kamu yang mengajak kepada kebaikan dan melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar dan mereka itulah orang-orang yang beruntung (surah Al-Imran : 104)
“dan orang-orang yang tidak berhukum dengan apa yang ditanzilkan oleh Allah, mereka itulah orang-orang kafir, dan orang-orang yang tidak berhukumkan dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Mereka itulah orang-orang zalim, dan orang-orang yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, itulah orang-orang yang fasiq”
(surah Al-Maidah : 44 hingga 47)
Orang alim pelihara makhluk tidak bimbang kemurkaan Allah. Orang benar dimarah makhluk kerana takut kemurkaan Allah. Alim asbab bijak berpidato tetapi sesat di dalam cahaya. Suami-suami menjadi dayus membiarkan isteri membuka aurat. Artis menjadi wakil syaitan, mufti kadi pekak membisu perutnya buncit matanya kelabu.
Akhir Zaman Umat Islam Tapi tidak beramal dengannya.
Beras halal di sekatan jalan, arak haram tidak mengapa, beras halal dirampas pihak berkuasa, arak haram dicukai kerajaan cukup bulan suka hati, belanja makan anak dan isteri.
Sumber: hamba ALLAH
0 komen:
Post a Comment