Perkara yang rasanya selalu jugak lah didengar setiap semester kat poli ni.. Pernah sekali dulu masa Latihan Industri penulis terbaca tentang budak poli kene tangkap kerana benda mengarut ni, tapi dulu kene tangkap kes Ecstasy.
Dengar cerita lecturer bagitahu, dia dah jadi kaya raya sebelum ditangkap. Entah pekerjaan apa yang pernah mereka ni buat penulis pun tak tahu. Penulis tak kata mereka ni kaya ..... Ni cerita terbaru pelajar Politeknik masuk surat khabar.Kes Dadah jugak ooi. Penulis tatapkan kisah memalukan pelajar politeknik seluruhnya dan maruah IPT.
Sembilan penuntut IPT ditahan pihak polis
DUNGUN – Polis menahan 12 remaja termasuk sembilan daripadanya adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah rumah sewa, di Taman Mutiara, di sini.
Serbuan itu dilakukan pada jam 8.30 malam selepas polis mendapat maklumat mengatakan rumah berkenaan sering menjadi tumpuan penagih dadah yang kebanyakannya membabitkan golongan remaja, sebahagiannya adalah penuntut IPT.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, serbuan yang turut disertai beberapa pegawai termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dilakukan setelah polis mendapat maklumat mengatakan rumah itu dijadikan tempat persembunyian seorang suspek yang disyaki terbabit dalam satu kes culik di Marang.
“Daripada 12 yang ditahan, lapan daripadanya adalahpenuntut jurusan Diploma Mekanikal dari IPT berdekatan.
“Hasil ujian air kencing mendapati empat daripada remaja terbabit positif dadah dan ditahan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Seorang daripada remaja berumur 20-an itu adalah suspek disyaki terbabit dalam kes culik dan remaja yang berasal dari Felda Kerteh 5 itu kini ditahan untuk siasatan lanjut, sementara beberapa yang lain dibebaskan selepas negatif dadah,” katanya.
Menurut Dahlan, walaupun polis telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memerangi najis dadah, antaranya mengadakan ceramah kepada penuntut di IPT, namun kes penyalahgunaan dadah membabitkan institusi pengajian tinggi itu terus menunjukkan peningkatan.
“Segala usaha dilakukan pihak polis bagi memberi kesedaran kepada golongan itu nampaknya tidak membuahkan hasil, malah kes yang dilaporkan berlaku membabitkan pelajar masih berterusan,” katanya.
Sementara itu, seorang daripada remaja yang juga penuntut IPT ditahan kerana positif dadah berkata, dia mula mengambil dadah ketika belajar di institusi terbabit.
“Saya mendapat bekalan dadah jenis ganja daripada seorang pengedar tempatan ketika menuntut di sini.
“Bagaimanapun saya sama sekali tidak menyangka kunjungan saya ke rumah sewa seorang rakan telah memerangkap saya sehingga merengkok dalam lokap,” kata penuntut jurusan kejuruteraan yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan itu.
http://www.sinarharian.com.my (Sabtu 28-3-2009)
0 komen:
Post a Comment