Monday, February 16, 2015




Manusia ini lemah. walaupun hebat mencipta  teknologi, juga hebat memikirkan sesuatu tetapi Tetap manusia itu dicipta. Siapa penciptanya? Allah lah yang menjadikan kita. Manusia sebenarnya hanya insan kerdil yang melukis kehidupan untuk bekalan kehidupan selepas mati.

Terasa kita akan mati? Ramai yang menafikan akan kematian kerana terlalu takut. Lalu menyibukkan dunia untuk melupakan kematian. Maka manusia hidup dalam keadaan bergembira dan berseronok menikmati nafsu dunia sehingga  alpa dan lupa pada Allah yang esa. Lupa Halal dan Haram. Lupa Dosa dan pahala.

sesungguhnya beruntunglah orang melihat kehidupan Akhirat lagi indah daripada kehidupan dunia.


Doa yang menyentuh hati. Kita Milik ALLAH

Thursday, February 12, 2015





Dengan penuh dukacitanya dimaklumkan murabbi Ummah, Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali menemui Tuhannya sekitar jam 9:40 mlm ini. Semoga beliau ditempatkan bersama sama Solehin. InsyaAllah solat jenazah akan disempurnakan jam 10: 00 pagi , jumaat 13.02.2015

Orang berjuang, yang bermati-matian mempertahankan Islam, mencegah yang munkar, membawa hati-hati manusia kepada Allah dengan ISTIQAMAH pasti akan terpilih menjadi penghuni Syurga.

Maha Benar janji Allah di dalam Surah Al-Fajr,
" Wahai jiwa yang tenang, pulanglah ke hadrat Allah dalam keadaan yang Redha dan di Redhai.."
Subhanallah.

hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”






















Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali menemui Tuhannya





Dukacita dimaklumkan bahawa, penyampai sukan legenda tanah air, Dato Hasbullah Awang telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.


 
KUALA LUMPUR : Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.


Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.


Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.


Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.


Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.


Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.


Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.... 


http://m.www.astroawani.com/berita-sukan/pengulas-sukan-hasbullah-awang-meninggal-dunia-53820 


dari tweeter Menteri belia dan Sukan
 

Perginya Seorang Lagenda. Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Sunday, February 08, 2015

Di sini kami Mengemaskini laporan bolasepak Liga Super 2015 yang berlangsung pada Sabtu 7 Feb 2015.

Teruskan memberi sokongan terhadap Bola sepak tanah air kita.





Tontoni Live Streaming TV3 di SINI



Kedudukan Liga Super Terkini

 

Keputusan penuh Liga Super 7 Feb 2015

Saturday, February 07, 2015


2 x 5



Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.







Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.

Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.


Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.


Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.
Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?

Novel 2 x 5 by Areila Sahimi

Thursday, February 05, 2015





Betapa akhirnya kemurnian perjuangan mujahidin sunni Iraq dan Syria menentang kezaliman kerajaan boneka Syiah di Iraq dan kezaliman Basyar al Asad di Syria telah berjaya dihodohkan wajahnya dengan teramat buruk bersenjatakan halimunan ciptaan barat bernama IS.

Yang jahatnya kerajaan syiah akhirnya hilang. Yang timbulnya adalah bagaimana brutalnya IS membantai setiap yang menentang mereka. Sembelih, bakar, tembak, pancung, campak dari bangunan dan sebagainya.

Tenggelamlah bagaimana kisah sebenar muslim sunni di Iraq diburu dari rumah ke rumah. Dipukul, dirogol anak-anak gadis mereka dan dibunuh kaum lelaki mereka. Kisah tragis ini bukan saya dapat dari AP, AFP atau Agensi. Tapi dari seorang teman sunni Iraq yang berjaya melarikan diri dari negaranya. Sekarang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian di Sepang.

Orang sudah lupa bagaimana Fallujah, bandar sunni di Iraq yang digelar bandar masjid telah dibumi hanguskan oleh Amerika kemudian proses pemusnahannya disambung lagi oleh kerajaan Syiah Nuri al Maliki. Kezaliman dan kebrutalannya usah diceritakan lagi.

Syeikh Azhar turut menyatakan bahawa IS adalah syaitan yang perlu disalib! Dia terlupa bahawa dia juga pernah duduk dan menyokong kezaliman syaitan bernama as Sisi. Ada Syeikh Azhar pernah bersuara membela rakyat awam yang sedang menderita di Iraq dan Syria?

Saya masih berpegang dengan fakta bahawa mujahidin pejuang sunni yang sebenar tak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan IS dan yang sewaktu dengannya. 

Mujahidin yang sebenar tidak akan melakukan kezaliman atas nama perjuangan Islam.

Merenung semua ini, saya mengakui hakikat bahawa dizaman ini, siapa yang menguasai media, dia akan muncul sebagai pemenang dalam pertarungan...

Tulisan oleh saudara Dr Azman Ibrahim
Seorang pengamal perubatan.
Dr gigi di Kubang Krian
Juga seorang aktivis media

Teruskan membaca blog Harahinara. 

apabila media berkuasa melukis dunia, kejahatan akan menjadi ahli syurga

Wednesday, February 04, 2015


Al-fatihah

Kami doakan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang SOLEH. Amin



Assalamualaikum sahabat Muslim Care.

Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cermerlang peribadi dan antara individu yg menjadi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.

Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi2 akan datang.

Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.

Selaku AJK Muslim Care yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buat arwah adik nursyuhada.

Syurga dan syahid buatmu sepertimana namamu NURSYUHADA.

AL FATIHAH.

Ahmad Safuan Ujar
AJK MUSLIM CARE MALAYSIA




Arwah Nur Syuhada, tenang dikau diSana.

Tuesday, February 03, 2015





DERITA UMAT ISLAM CHECHEN YANG TAK DIPEDULIKAN
Oleh:Dr Riduan Mohamad Nor.

Salju seperti sedang runtuh daripada langit saat kami menghampiri kawasan pelarian Chenchen yang berada di pinggir bandar Warsaw, Poland. Dingin mengigit tulang temulang sehingga mencecah minus 13, tapi perasaan ingin mengenali teman-teman seakidah menyebabkan kami terlupa sebentar rasa sejuk menciut itu. Poland bukanlah negara yang bersahabat dengan Islam, fenomena Islamphobia masih merajai negara bekas komunis dan juga negara pertama disergap Perang Dunia kedua sehingga Kota Warsaw musnah 80 peratus dibaham ledakan skala besar pihak Nazi Jerman. Poland juga antara sketsa berdarah "holocaust" yang dilakukan oleh Adolf Hitler dan bala tenteranya kerana kelompok Yahudi yang masih berbaki di negara yang bersempadan dengan Rusia itu.

Sakibaki Yahudi di Poland hari ini juga terkenal sebagai kelompok tegar pembenci Islam termasuk tanpa berselindung menunjukkan rasa jengkel mereka terhadap pelarian Islam dari bumi Chenchen, Rusia. Sejarah Islam di Rusia bukanlah baru, kerana semenjak zaman Khulafa ar Rasyidin telah menyaksikan perang di Armenia dan Azebaijan, iaitu di zaman Saidina Uthman . Usai perang besar inilah berlakunya penyusunan al Quran kali kedua dan gerakan dakwah secara besaran juga berlaku di kawasan Asia Tengah ini di zaman Muawiyyah Bin Abu Suffian.

Sejarah Islam juga menyaksikan bagaimana hebatkan tentera tartar atau Monggul dari kawasan Asia Tengah menyerang Wilayah Islam di Asia Barat sehingga perlawanan sengit yang menumpahkan darah serta melenyapkan bukti tamadun emas yang dibina oleh pemerintahan Islam. Baghdad antara saksimata kekejaman tentera Tartar membakar kota dan memunggah kitab-kitab ilmu ke dalam Sungai Furat sehingga sungai menjadi hitam airnya. Mereka mara sehingga ke Wilayah Syam dan memaksa ulama Islam bersama para pemuda menjulang panji Jihad, meneriakkan takbir dan menjadi benteng kepada ummah. Bangsa yang zalim berbadan besar ini akhirnya telah memeluk Islam dan akhirnya menyemarakkan dakwah di rantau Sub Continent dan juga Asia Tengah. Islam telah mengubah sakhsiah dan cara hidup bangsa Tartar ini yang mendiami Asia Tengah.

MUSLIM CARE MENYANTUNI PELARIAN CHENCHEN.

Berbeza dengan peta luka umat Islam yang lain, maklumat dan bantuan lebih cepat sampai dan digerakkan oleh NGO-NGO kemanusiaan dari Malaysia, sifat pemurah rakyat Malaysia dan keprihatinan jaringan sivil negara ini antara terbaik di dunia muslim. Derita umat Islam Chenchen sangat jarang sampai ke telinga rakyat negara ini, penulis teringatkan sekitar pertengahan tahun 1990an, beberapa kali demonstrasi membantah kezaliman regim Russia diadakan . Segelintir pelajar-pelajar dari bumi Grozny dibawa belajar di Universiti Islam Antarabangsa ketika perang semakin memburuk,di Chenchen. Gerakan perlawanan dan jihad di Chenchen juga kurang mendapat liputan media negara ini, berbanding dengan sorotan berita gerakan jihad di Afghanistan, Palestin, Syria dan Bosnia.

Regim Soviet dengan segala kelengkapan perang telah menyerang Grozny dan membunuh serta melakukan pelbagai bentuk kezaliman terhadap umat Islam Chenchen. Ribuan terkorban , ribuan muslimah dirogol dan kampung-kampung muslim dikosongkan regim komunis. Kesannya ramai yang cuba untuk berhijrah keluar negara, termasuk ke Poland yang berjiran dengan Russia. Di pinggir bandar Warsaw, pelarian muslim ini berada di khemah pelarian tertutup dimana mereka tidak dibenarkan untuk menerima tetamu luar serta disekat akses dengan pihak lain. Lebih menyayat hati, makanan haram seperti babi menjadi sumber protein mereka dengan alasan murah dan menjimatkan pihak pengurusan kem.

Muslim Care Malaysia yang mendapat maklumat tentang keberadaan pelarian Chenchen di Poland melalui Persatuan Pelajar, rakyat Malaysia di Poland dan juga mendapat kerjasama yang baik daripada pejabat Mufti Poland akhirnya menggerakkan kempen bantuan musim sejuk. Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara juga turut bekerjasama mengadakan kempen membantu pelarian serta merangka bentuk bantuan jangkapendek. Di tanahair kita , selain Muslim Care menggerakkan kempen melalui siber, para pendakwah selebriti seperti Ustaz Ahmad Dasuki Rani, Ustaz Halim Din turut membantu mendapatkan dana kempen. Sebanyak 100 ribu ringgit berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada pelarian Chenchen dalam kempen misi musim sejuk.

Rombongan Muslim Care dan relawan yang terdiri daripada pelajar Malaysia telah melakukan pelbagai program disepanjang misi termasuk melawat sekolah pelarian, menyantuni mangsa peperangan yang dhaif, program bersama Mufti Poland, serta ramah mesra bersama pelarian . Saya terbayang guratan wajah gembira anak-anak kecil yang disantuni anggota misi serta curahan pengalaman warga dewasa pelarian tentang bahasa kesakitan dan kezaliman Russia terhadap umat Islam. Bumi Chenchen tetap mendakap relung hati mereka walau kebarangkalian untuk kembali menghirup udara nyaman tanah leluhur mereka sangat tipis.

(Penulis ialah aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dan Exco Muslim Care Malaysia)

DERITA UMAT ISLAM CHECHEN YANG TAK DIPEDULIKAN







Kekasih kepada pelajar wanita ini dikatakan mempunyai masalah mental.

 Seorang wanita berusia 19 tahun dibunuh kejam oleh rakannya apabila lehernya dikelar di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang, di sini.

Mangsa seorang remaja perempuan, yang juga pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Nur Syuhada Johari, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang tadi selepas dia dipercayai dikelar di bahagian leher dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.





Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

“Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggang dan melihat ramai orang awam turut berhenti menyaksikan kejadian terbabit.

“Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah dikelar dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

“Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Sumber : Sinar Harian




Al-Fatihah. Doakan kebaikan untuk mereka yang telah pergi awal dari kita.

Sebab sebenar pelajar UiTM dikelar leher teman lelaki?